74/1 - CODE TAYAR
.
CODE TAYAR :
Huruf terakhir – contoh : H adalah had maksimum kelajuan 210 km / jam (jangan main tekan pedal ikut suka ya!).
Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia membawa maksud:
S = Maksimum had laju 180 km / jam
T = Maksimum had laju 190 km / jam
U = Maksimum had laju 200 km / jam
V = Maksimum had laju 240 km / jam
Z = Melebihi had laju 240 km / jam
W = Maksimum had laju 270 km / jam
Y = Maksimum had laju 300 km / jam
ZR = melebihi 270 km / jam ke atas
Check tayar masing-masing. Jangan main hantam apa huruf pun 260km dia tekan 😅😅. Tapi ingat, walaupun pakai tayar huruf ZR, maximum kelajuan di jalan kita kat malaysia ni 120km/jam.
#
***************************
TIP UKURAN TAYAR BOTAK :
Cara Kenal Pasti Tayar Kereta Botak Atau Tidak, Bukan Tengok ‘Bunga’ Tapi Jalur Ini.
Antara info asas yang perlu diketahui bila memiliki dan memandu kenderaan sendiri adalah cara untuk kenal pasti tayar botak atau masih boleh dipakai. Selalu bila ditanya bagaimana tentukan perkara ini, ramai yang kata tengok ‘bunga’ pada tayar.
Tapi betul ke begini? Sebenarnya untuk tentukan tayar kereta kita boleh dipakai lagi ataupun sebaliknya adalah dengan lihat jalur bukannya ‘bunga’. Info dikongsi klick.my boleh digunakan untuk memeriksa tayar kereta kita.
Cara Mengenal Tayar Botak.
Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.
Salah sebenarnya tu. Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.
Apa maksud tayar botak?
Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.
#
1. Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu.
Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.
Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.
2. Ni pun tayar botak.
Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.
3. Tayar belum botak.
Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.
4. Tayar hampir botak.
Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul.
Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.
5. Tayar baharu.
Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.
Semoga Manfaat.
#
-Siap-
.