4b - MINYAK GEAR AUTO - ATF.

.
4b - MINYAK GEAR AUTO - ATF.


ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam buku manual dia, ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) risiko kerosakan pada AUTO gearbox mengakibatkan kos kerugian yg lebih besar. 

Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak lain yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment.






******************************************






FUNGSI BUTANG SHICT LOCK PADA KERETA AUTO
.
Butang 'shift lock' pada gear kereta auto fungsinya membolehkan kereta auto ditolak waktu bateri lemah/kong utk recharge semula 👇👇👇 Bagi mereka yang memandu kereta automatik pasti perasan ada satu button 'shift lock' pada gear kereta. Tapi percayalah walaupun korang memandu kereta auto, belum tentu korang tahu apa fungsi button tu.
.
Button shift lock dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu.
Shift lock berfungsi untuk meriliskan transmisi korang daripada P. Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang korang kena letakkan gear pada N, contohnya macam kereta kena tunda dan sebagainya kat sini lah button shift lock ni digunakan.
.
Aku bagi tips mudah utk kitak org.
1. Matikan enjin kereta ketika gear P
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan button shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama tarik tombol gear dan ubah ke N
4. Ubah ke gear N dan lepaskan butang shift lock yaa.
5. Lepaskan hand break dan biarkan free.
.
Baru boleh tolak kereta kalau bateri kong dan sebagainya.



.

Catatan popular daripada blog ini

1.PART KERETA