31). TIMING BELT.

.










31).  TIMING BELT.

  Timing belt - 60,000 km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang.

Timing belt - ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km (Wira 1.6 xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar.

Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc.

Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,000 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.




.

Catatan popular daripada blog ini

1.PART KERETA